Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SESI LIBAT URUS UNIT ARKIB CAWANGAN BERSAMA PEGAWAI TANGGUNGJAWAB (PTJ) PEJABAT PENTADBIRAN, UNIT KORPORAT & PEJABAT REKTOR UiTM CAWANGAN SARAWAK

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Unit Arkib Cawangan (UAC), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan satu sesi libat urus Unit Arkib dan Rekod bersama PTJ Pejabat Pentadbiran, Unit Korporat & Pejabat Rektor UiTM pada 14 Ogos 2024 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat Pentadbiran, Kampus Samarahan 2 pada pukul 9:00 pagi.

Sesi ini melibatkan 15 orang penyertaan dari Pegawai Tanggungjawab (PTJ) Pejabat Pentadbiran, Unit Korporat dan Pejabat Rektor.

Taklimat ini dikendalikan oleh Puan Khairunniqmah Othman (Pustakawan), Puan Norasikin Sabri dan Puan Masanti Musino (Pembantu Pustakawan Kanan) turut disertai oleh Encik Mohd Faisal Hipni (Pembantu Pemuliharaan Kanan), Encik Dino Alfa James (Pembantu Pemuliharaan), Cik Cecilia anak Tunjun dan Cik Mchrischya Elda anak Uching (pelajar latihan industri).

Tujuan utama sesi libat urus ini adalah bagi memberi kesedaran kepada warga PTAR tentang kepentingan pengurusan rekod dan arkib dalam memelihara khazanah Sejarah UiTM untuk rujukan masa hadapan. Disamping itu juga, sesi kali ini memberi pendedahan dan kefahaman tentang fungsi dan perkhidmatan Jabatan Arkib Universiti dalam pengurusan rekod dan arkib universiti.


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Malaysia

 
  082-678149 | 082-677250 | Consultation Services
  082-678152 | Norhayati Binti Ramin
  norhayatiramin@uitm.edu.my
   WhatsApp
   Click here to view QR Code