Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

BENGKEL PELAN TINDAKAN BENCANA REKOD PTAR BERSAMA PTRJ KAMPUS SAMARAHAN 1 DAN KAMPUS SAMARAHAN 2 UiTM CAWANGAN SARAWAK

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

6 Ogos 2024 | 1 Safar 1446H: Penyediaan “ PELAN TINDAKAN BENCANA REKOD Kampus Samarahan 1 & Kampus Samarahan 2”

Penganjuran bengkel PELAN TINDAKAN BENCANA REKOD (PTBR) telah dilaksanakan di PTAR UiTM Kampus Samarahan 2. Seramai 43 orang staf pentadbiran yang menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada staf Kampus Samarahan 1 dan Kampus Samarahan 2. Bengkel PTBR UiTM ini selaras dengan perkara 8.9 Panduan Pengurusan Pejabat 2007 yang menyebut:

"Ketua Jabatan dan Ketua Agensi hendaklah menyediakan Pelan Tindakan Bencana yang meliputi aspek-aspek persediaan menghadapi bencana dan tindakan pemulihan rekod akibat bencana. Jabatan dan agensi boleh mendapat khidmat nasihat kepakaran daripada Arkib Negara untuk menyediakan Pelan Tindakan Bencana bagi pemeliharaan dan pemuliharaan rekod awam".

Tujuan yang pertama program ini, adalah setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu membuat langkah persediaan untuk menghadapi dan mengatasi masalah kemusnahan rekod sekiranya berlaku bencana dengan mengenal pasti nilai dan lokasi rekod, analisis risiko, sumber manusia, persediaan peralatan dan kelengkapan, pembangunan polisi dan prosedur keselamatan, kepakaran dalam aspek menyelamat dan membaikpulih rekod serta mengadakan jaringan hubungan dengan Pejabat Awam lain yang berkaitan. Seterusnya adalah bertujuan untuk memastikan PTJ mengetahui dan mematuhi Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia. Tujuan yang ketiga dalam bengkel tersebut adalah setiap PTJ perlu membentuk Pasukan Petugas Penyediaan PTBR iaitu melantik pegawai dan kakitangan yang akan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pelaksanaan PTBR. Satu pasukan yang dianggotai oleh Ketua-ketua Bahagian/Seksyen/Unit perlu dilantik bagi menganggotai pasukan ini. Setiap ahli diharapkan akan dapat memberikan input mengenai keperluan yang akan digariskan dalam PTBR.


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Malaysia

 
  082-678149 | 082-677250 | Consultation Services
  082-678152 | Norhayati Binti Ramin
  norhayatiramin@uitm.edu.my
   WhatsApp
   Click here to view QR Code