Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SESI LIBAT URUS UNIT ARKIB CAWANGAN BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI UiTM CAWANGAN SARAWAK

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

12 Jun 2024, Rabu – PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi libat urus, Unit Arkib Cawangan (UAC) ke Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Puan Khairunniqmah Othman (Pustakawan) dan disertai oleh Puan Norasikin Sabri (Pembantu Pustakawan Kanan, dan Puan Masanti Musino (Pembantu Pustakawan Kanan). Kunjungan Hormat ini disambut baik oleh Timbalan Jurutera iaitu Encik Hamzah Bin Mohamad dan beberapa orang wakil staf.

Objektif bagi sesi libat urus ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga universiti tentang kepentingan pengurusan rekod dan arkib dalam memelihara khazanah Sejarah UiTM untuk rujukan masa hadapan. Selain itu juga, ianya untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang fungsi dan perkhidmatan Jabatan Arkib Universiti dalam pengurusan rekod dan arkib Universiti.

Kunjungan hormat ini dihadiri seramai 10 orang wakil daripada Bahagian Pengurusan Fasiliti dan 5 orang daripada PTAR UiTM Cawangan Sarawak.


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Malaysia

 
  082-678149 | 082-677250 | Consultation Services
  082-678152 | Norhayati Binti Ramin
  norhayatiramin@uitm.edu.my
   WhatsApp
   Click here to view QR Code