Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

GIVING@UiTM DONATION / SADAQAH

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Tabung Sumbangan Derma Wang Tunai Untuk Kemudahan Perpustakaan

Click Here : UiTM Pay

Latar Belakang

Kutipan sumbangan derma wang tunai ini adalah berdasarkan pengecualian cukai pendapatan yang telah digariskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di bawah peruntukan subseksyen 44 (8) Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan. Sumbangan derma berbentuk wang tunai ini adalah tidak melebihi RM20,000.00 dan penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah akta tersebut.

Walaubagaimanapun, penyumbang yang ada menjalankan perniagaan dan layak menuntut potongan di bawah perenggan 34 (6) (g), ACP maka penyumbang berkenaan tidak layak mendapat potongan di bawah subseksyen 44 (8), ACP.

Perpustakaan Universiti Teknologi MARA telah menggariskan satu inisiatif penjanaan pendapatan universiti melalui sumbangan derma wang tunai untuk kemudahan perpustakaan dari warga UiTM serta pihak luar. Sumbangan derma wang tunai ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya membuka peluang kepada orang ramai, orang perseorangan, alumni termasuk warga UiTM untuk turut sama menyumbang bagi menghasilkan pengembangan ilmu dalam bidang pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan demi membina masa depan ilmuan terbilang.

Objektif Sumbangan

Objektif utama sumbangan derma wang tunai ini adalah:

Untuk melengkapkan kemudahan perpustakaan.

Untuk membiayai pembelian buku-buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi perpustakaan

Menjana pendapatan hasil universiti

Faedah Sumbangan

Pengecualian Cukai : Penyumbang layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah sub seksyen 44 (8) Akta Cukai pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan bagi sumbangan derma wang tunai tidak melebihi RM20,000.00

Keahlian Luar Perpustakaan UiTM (Selain Warga UiTM) mengikut kategori yang merujuk kepada kelulusan sebagai keahlian luar perpustakaan. Sila rujuk https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/services/membership/131-external-membership

Click Here For >> PDF File

Click Here Dasar Pengurusan Hadiah dan Tajaan UiTM_2020

Click Here Pekeliling Bendahari- Tatacara Pengurusan Terimaan Sumbangan

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020