UNIT ARKIB CAWANGAN
PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK
UiTM CAWANGAN SARAWAK
Unit Arkib Cawangan (UAC) Sarawak merupakan unit khas di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Sarawak. Unit ini menguruskan koleksi rekod yang bernilai arkib di UiTM Cawangan Sarawak. Fungsi dan peranan unit ini adalah memperkukuh dan menambah baik pengurusan rekod di UiTM Cawangan Sarawak mengikut keperluan semasa.
Pada 10 Mac 2016, penubuhan Unit Arkib di 13 Perpustakaan UiTM Cawangan melalui Surat Pekeliling Ketua Pustakawan Bil. 1/2016. Pada 2 Januari 2017, unit ini dikenali sebagai Unit Arkib Cawangan UiTM Sarawak setelah pihak pengurusan bersetuju menyerahkan unit ini kepada Bahagian Perpustakaan.
- Menyelaraskan sistem pengurusan rekod dan arkib universiti.
- Memelihara dan memulihara rekod universiti yang dikategorikan sebagai 'Nilai Arkib’.
- Sebagai pusat rujukan dan penyelidikan untuk pengurusan rekod, arkib dan galeri universiti.
Antara Koleksi Bahan-bahan yang terdapat di Unit Arkib UiTM Cawangan Sarawak yang boleh diakses melalui Online Finding Archive (OFA) adalah seperti berikut :
- Pekeliling
- Polisi
- Rekod Disiplin
- Memorandum (MOU)
- Bahan Penerbitan PTJ
- Gambar Bersejarah
- Fail Peribadi
- Pengiktirafan
- Peta/Pelan
- Perancangan Strategik
- Laporan Kewangan/Rekod
- Mesyuarat Utama
- Dokumen Kontrak
- Keratan Berita
- Audiovisual
AKTIVITI

LATIHAN SANGKUT DI JABATAN MUZIUM SARAWAK

Sesi Konsultasi Pelupusan Rekod

Lawatan Kerja Bersama Pegawai Arkib, Jabatan Arkib Universiti

Kursus Asas Pengurusan Rekod dan Fail Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Sarawak
STAF UNIT ARKIB




