Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

PROGRAM MERENTASI PERBEZAAN, MENYATUKAN HUBUNGAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

19 Julai 2024 (Jumaat) - Program Merentasi Perbezaan, Menyatukan Hubungan anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak bersama Pusat Sumber Maklumat, Hospital Umum Sarawak telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat yang lepas. Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah berkolaborasi bersama Pusat Sumber Maklumat, Hospital Umum Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dalam menganjurkan program “Merentasi Perbezaan, Menyatukan Hubungan” sempena sambutan Hari Sarawak yang bakal disambut pada 22 Julai.

Antara pengisian program ini adalah penganjuran bengkel Speed Reading, Pameran Hari Sarawak, Mini Quiz, pameran daripada Pustaka Negeri Sarawak dan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak.

Menurut Puan Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Sarawak; “Peranan perpustakaan pada hari ini dilihat adalah lebih mencabar, perpustakaan bertanggungjawab dalam mempromosikan dan menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat melalui peningkatan kemahiran pencarian maklumat dalam meneroka cabang ilmu pengetahuan, konsep yang diterapkan dapat mendorong dan memupuk budaya inovasi yang boleh membantu pembangunan ekonomi, melalui pelbagai kaedah yang dipelajari daripada konsep pembelajaran yang disediakan oleh perpustakaan”.

Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr. Ngian Hie Ung telah meluangkan masa bersama Pustakawan Pusat Sumber Maklumat, Puan Philomena Septimus Amit turut melawat tapak pameran yang disediakan; Pameran UiTM 25 tahun sebagai Universiti, pameran Hari Sarawak dan pameran oleh Pustaka Negeri Sarawak.


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Malaysia

 
  082-678149 | 082-677250 | Consultation Services
  082-678152 | Norhayati Binti Ramin
  norhayatiramin@uitm.edu.my
   WhatsApp
   Click here to view QR Code