Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Rekod Dan Fail Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatabn (PTRJ) pada 5 dan 6 September 2022 bertempat di Ruang Legar Atas, PTAR Kampus Samarahan 2
Penceramah jemputan untuk program ini adalah Puan Azniza binti Hj. Mohamad Nor, Pegawai Arkib, Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam. Manakala fasilitator adalah Puan Wan Nur Khalidah binti Wahed, Penolong Pegawai Arkib, Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 80 orang peserta.