Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Taklimat Online Finding Archive (OFA)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Unit Arkib Cawangan Sarawak, PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan 3 siri taklimat Online Finding Archive (OFA) untuk warga UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan pada 6 Oktober 2021, jam 10.00 - 11.00 pagi dan telah dihadiri seramai 39 orang. Manakala bagi kampus Samarahan 2 pula pada 13 Oktober 2021, jam 10.00 - 11.00 pagi yang telah dihadiri seramai 28 orang dan Kampus Mukah pada 20 Oktober 2021, jam 10.00 - 11.00 pagi yang telah dihadiri seramai 38 orang.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan serta pemahaman kepada staf pentadbiran dan pensyarah mengenai cara mengakses dan pencarian bahan arkib serta sejarah universiti yang telah dimasukkan ke dalam sistem Archive Management System (AMS), Jabatan Arkib Universiti Online finding archive (OFA) merangkumi 13 rekod iaitu Fail Peribadi Staf / Pelajar, Gambar Bersejarah / Program UiTM, Bahan Penerbitan PTJ, Pengiktirafan / Akreditasi, Pekeliling Utama UiTM, Memorandum Persefahaman (MoU / MoA), Mesyuarat UiTM, Laporan Tahunan & Rekod Kewangan, Perancangan Jangka Panjang UiTM, Dokumen Kontrak Tender, UiTM Rekod Tatatertib Staf / Pelajar, Peta / Pelan dan Dasar, Polisi, Panduan & Perundangan UiTM.

Taklimat yang dijalankan secara atas talian melalui platform Cisco Webex itu disampaikan oleh Puan Nur Afeqah Abdullah, Pustakawan Kanan untuk sesi Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2, manakala untuk Sesi Kampus Mukah, taklimat telah disampaikan oleh Puan Khairunniqmah Othman, Pustakawan PTAR Kampus Mukah.

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020