1. PLATFORM
1.1 Platform – Akaun
· Semua pemain hanya dibenarkan menggunakan satu (1) akaun. Semua maklumat yang didaftarkan di akaun peserta perlu dikemas kini dan mempunyai maklumat yang tepat.
· TIDAK DIBENARKAN berkongsi atau menggunakan akaun pemain lain. Hanya akaun peserta sendiri sahaja dibenarkan untuk menyertai pertandingan
· HANYA nama peserta yang telah didaftarkan boleh mengikuti acara ini. Sekiranya pihak kami menjumpai nama peserta yang tidak didaftarkan maka pasukan tersebut akan tersingkir secara automatik.
· Untuk sebarang makluman atau pertanyaan, sila hubungi penganjur atau hubungi saudara Anwar Bin Abdul Aziz (012-8792757)
*Group Whatapp untuk Ketua pasukan akan diwujudkan untuk memudahkan komunikasi / kemaskini makluman terikini
2. PASUKAN DAN AHLI
· Pendaftaran setiap pasukan adalah maksimum seramai 6 pemain termasuk seorang pemain gantian ataupun minimum 5 pemain (tanpa pemain gantian)
· Pemain gantian HANYA DIBERNARKAN bermain SEBELUM permainan bermula dan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak penganjur
· Perlawanan mesti dimainkan dalam format berikut: 5v5.
3. PERATURAN PERMAINAN
· Pusingan Kejohanan akan bermula seperti yang dijadualkan kecuali dinyatakan sebaliknya.
· Peta bagi setiap permainan akan dipilih secara rawak / random oleh pengadil
· Sekiranya kami mendapati pasukan yang menggunakan “3rd party software atau glitches” maka pasukan tersebut akan disingkirkan (disqualified) daripada permainan.
· Setiap pasukan boleh menekan butang ‘Surrender’ kalau tidak dapat meneruskan permainan.
· Jika pasukan tidak cukup pemain pada hari permainan, permainan akan diteruskan. (Contoh; 5v3 / 5v4 etc)
4. PENETAPAN PERMAINAN
4.1. Peta
· Bind
· Ascent
· Icebox
· Split
· Haven
· Breeze
4.2 Penetapan Server: Singapore 2
· Mode Standard
· Tournament Mode
· Overtime: Yes