Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SESI LIBAT URUS UNIT ARKIB CAWANGAN BERSAMA UNIT HAL EHWAL ISLAM, UNIT POLIS BANTUAN & UNIT INFOSTRUKTUR UiTM CAWANGAN SARAWAK

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak telah melaksanakan satu sesi libat urus Unit Arkib bersama Unit Hal Ehwal Islam, Unit Polis Bantuan & Unit Infostruktur di PTAR UiTM Cawangan Sarawak pada 11 Jun 2024 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat, PTAR Kampus Samarahan 2.

Sesi ini melibatkan 19 orang staf dari Unit Hal Ehwal Islam, Unit Polis Bantuan & Unit Infostruktur.

Taklimat dan perkongsian bagi Unit Arkib telah disertai oleh Puan Nur Afeqah Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan) dan sesi ini dikendalikan oleh Pustakawan, Pn. Khairunniqmah Othman (Pustakawan), Puan Norasikin Sabri (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Puan Masanti Musino (Pembantu Pustakawan Kanan).

Objektif bagi sesi libat urus ini adalah bagi memberi kesedaran kepada warga PTAR tentang kepentingan pengurusan rekod dan arkib dalam memelihara khazanah Sejarah UiTM untuk rujukan masa hadapan. Disamping itu juga, sesi kali ini memberi pendedahan dan kefahaman tentang fungsi dan perkhidmatan Jabatan Arkib Universiti dalam pengurusan rekod dan arkib universiti.


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020