Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

BENGKEL PELAN TINDAKAN BENCANA REKOD (PTBR) UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah pada 2 Mei 2024 yang bertempat di Makmal Komputer PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Khairunniqmah binti Othman dan Puan Norasikin binti Sabri sebagai Fasilitator. Seramai 28 orang telah terlibat dalam bengkel ini merangkumi Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) setiap jabatan di Kampus Mukah. Pihak PTAR juga telah mengambil peluang untuk menjalankan sesi libat urus Unit Arkib bersama Kampus Mukah.

Tarikh: 2 Mei 2024 (Khamis)

Masa: 8 pagi - 5.00 petang

Tempat: Makmal Komputer, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah


Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk membuat langkah persediaan untuk menghadapi dan mengatasl masalah kemusnahan rekod sekiranya berlaku bencana dengan mengenalpastl nilai dan lokasi rekod, analisa risiko, sumber manusia, persediaan peralatan dan kelengkapan, pembangunan polisi dan prosedur keselamatan, kepakaran dalam aspek menyelamat dan membaikpulih rekod serta mengadakan jaringan hubungan dengan Pejabat Awam lain yang berkaitan. Selain itu, bengkel ini juga untuk memastikan PTJ mengetahui dan mematuhi Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020