Pihak PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah mengadakan program ceramah kesihatan sebagai satu inisiatif untuk menekankan kesedaran kesihatan di kalangan warga kampus. Ceramah yang telah dijalankan adalah "Ceramah Kesihatan Penyakit Tidak Berjangkit". Ceramah ini telah diberikan oleh Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Puan Norhafizah binti Hazar. Ceramah ini telah melibatkan semua warga kampus.
Tujuan utama program seperti ceramah ini adalah untuk menyokong program pembudayaan ilmu berkenaan bidang kesihatan. Ceramah ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada warga UiTM kepentingan membuat saringan kesihatan yang mana boleh mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal. Ceramah ini juga mendedahkan warga kampus tentang ilmu jenis-jenis penyakit tidak berjangkit.
Tarikh: 24 Jun 2024
Masa: 2.30 petang
Tempat: Library Comunity Engagement (LCE) Space, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah
Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
WhatsApp : https://wa.me/+6082678173
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:
FB Page: PtarSarawak
IG: ptar_sarawak
Twitter: Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel: PTAR Production