Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SPEED READING @ PTAR : SEKOLAH RENDAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pihak PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah berkolaborasi bersama Perpustakaan Awam Mukah bagi menjalankan Program "Speed Reading @PTAR" untuk pelajar sekolah rendah 2024. Antara sekolah rendah yang terlibat adalah SK Mukah, SK Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Mukah & SK Kpg Tanam, Dalat. Seramai 19 orang pelajar sekolah rendah telah mengikuti program "Speed Reading" ini. Program ini telah disampaikan oleh Encik Tahir bin Raya, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Objektif penganjuran program ini adalah bagi memberi pendedahan untuk mempelajari dan menguasai teknik bacaan pantas agar dapat mengaplikasikan teknik bacaan pantas dengan berkesan dalam aktiviti membaca. Program ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas termasuk kaedah fiksasi mata dan menggunakan jari sebagai panduan.

Tarikh: 24 Jun 2024

Masa: 2.30 petang

Tempat: Makmal Komputer, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020