Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI LIBAT URUS BAHAGIAN PTAR KEPADA TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KUNJUNGAN HORMAT DAN SESI LIBAT URUS BAHAGIAN PTAR KEPADA TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

14 Mei 2024, Selasa – PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi libat urus, Unit Arkib Cawangan (UAC) ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Sarawak yang diketuai oleh Puan Nur Afeqah Abdullah dan disertai oleh Pustakawan, Pembantu Pustakawan Tertinggi dan Pembantu Pustakawan Kanan. Kunjungan Hormat ini disambut baik oleh Timbalan Rektor HEP iaitu Prof. Madya Dr Saimi Bujang dan beberapa orang wakil staf.

Kunjungan ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan dan juga memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan kepada warga universiti. Di samping itu juga, kunjungan hormat ini membincangkan kolaborasi antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak bersama Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Sarawak.

Pada kunjungan hormat ini diselitkan juga Sesi Libat Urus Unit Arkib (UAC) bagi memberikan penerangan berkaitan Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri.

Objektif bagi sesi libat urus ini adalah untuk memberi kesedaran kepada warga universiti tentang kepentingan pengurusan rekod dan arkib dalam memelihara khazanah Sejarah UiTM untuk rujukan masa hadapan. Selain itu juga, ianya untuk memberi pendedahan dan kefahaman tentang fungsi dan perkhidmatan Jabatan Arkib Universiti dalam pengurusan rekod dan arkib Universiti. Kunjungan hormat ini dihadiri seramai 12 orang wakil daripada HEP dan 7 orang daripada PTAR UiTM Cawangan Sarawak.


Sebarang pertanyaan, hubungi kami :

Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/

WhatsApp : https://wa.me/+6082678173

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:

FB Page: PtarSarawak

IG: ptar_sarawak

Twitter: Lib.UiTM Sarawak

Youtube Channel: PTAR Production

© COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022

Portal Statistics 2020
Sessions : 281,907 | Users : 140,285 | Page Views : 1,476,384
* via GA 2020