Pihak Unit Arkib Cawangan PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah yang diketuai oleh Puan Khairunniqmah binti Othman selaku Ketua Unit Arkib Cawangan Sarawak telah membuat lawatan ke Unit Infrastruktur/Penyelenggaraan untuk memberi khidmat konsultasi berkenaan dokumen laporan bulanan pihak konsesi kepada pihak UiTM. Sesi khidmat konsultasi ini adalah hasil daripada penglibatan staf yang mengikuti sesi libat urus Unit Arkib pada 2 Mei 2024 dan telah mengambil peluang untuk mendapatkan konsultasi pengurusan fail dokumen/rekod di pejabat Infrastruktur. Sesi konsultasi ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) Unit Infrastruktur proses penyimpanan rekod dan juga proses pelupusan rekod jabatan.
Tarikh: 2 Mei 2024 (Khamis)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Unit Infrastruktur, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah
Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
WhatsApp : https://wa.me/+6082678173
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:
FB Page: PtarSarawak
IG: ptar_sarawak
Twitter: Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel: PTAR Production