PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah membuat satu Sesi Meet & Greet With Faculty bersama Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan dan Pengurusan Maklumat Kampus Samarahan. Program ini diketuai oleh Puan Nur Afeqah Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan), Encik Khairil Bahrom Rosli (Pustakawan), Cik Dayang Azimah Abang Yusof (Pustakawan), Puan Khairunniqmah Othman (Pustakawan), Encik Mohamad Ismail Bolia (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan Puan Norhayati Ramin (Pembantu Pustakawan Kanan) dan program ini dihadiri oleh 20 Orang pensyarah dari Ketua Pusat Pengajian Perakaunan Dan Pengurusan Maklumat pada hari tersebut.
Tarikh: 15 Mei 2024 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik AV, PTAR Kampus Samarahan 2
Objektif sesi meet and greet ini adalah seperti berikut:
1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Fakulti Perakaunan Dan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2
2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Sarawak
3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan
4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Fakulti Perakaunan Dan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2
Semoga sesi ini dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 dalam membangunkan pembudayaan ilmu UiTM sebagai sebuah organisasi pembelajaran (Learning Organisation) buat semua warga UiTM.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
WhatsApp : https://wa.me/+6082678173
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:
FB Page: PtarSarawak
IG: ptar_sarawak
Twitter: Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel: PTAR Production