PTAR UiTM Cawangan Sarawak berkolaborasi bersama pensyarah Kolej Pengajian Alam Bina UiTM Cawangan Sarawak akan mengadakan satu program untuk memupuk minat membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Sarawak iaitu Book Review @ PTAR.
Moderator
Ts Siti Nurul Ainun Mohd Mustafa Pensyarah, Kolej Pengajian Alam Bina
Panel
1. Sr. Dr. Asmah Alia Mohamad Bohari (Ketua Pusat Pengajian Seni Lukis, Seni Reka, Seni Bina, Perancangan & Ukur)
2. Sr. Zafikha Aida Bidin (Pensyarah kanan, Kolej Pengajian Alam Bina)
Tarikh: 9 Januari 2024 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan hasil karya terbaru daripada pensyarah-pensyarah UiTM Sarawak dalam penghasilan buku serta sekaligus mempromosi karya tersebut kepada warga UiTM Cawangan Sarawak. Selain itu, membina dan mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan warga UiTM, melahirkan warga Kampus yang rajin membaca dan memberi peluang peserta melibatkan diri dalam program anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
WhatsApp : https://wa.me/+6082678173
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:
FB Page: PtarSarawak
IG: ptar_sarawak
Twitter: Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel: PTAR Production