Program PTAR @3R Aram Nemuai Nyibar Penemu : Let's Share Knowledge (Program Khidmat Masyarakat)
Anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak Bersama Pelajar Semester 5 Diploma Pengurusan Maklumat (IM110) Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Sarawak
Tarikh : 11 - 13 Januari 2023 (Rabu-Jumaat)
Tempat : Rumah Panjang Nanga Drau, Saratok
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum serta menggalakkan kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat luar bandar. Program ini melibatkan seramai 114 orang yang terdiri daripada staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak (15 orang), pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat (29 orang) dan penduduk Rumah Panjang Nanga Drau, Saratok (70 orang). Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah Ujian Saringan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Saratok, Story Telling, Library Corner, Night Of Culture dan banyak lagi. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif pelaksanaannya.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami:
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
WhatsApp : https://wa.me/+6082678173
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak:
FB Page: PtarSarawak
IG: ptar_sarawak
Twitter: Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel: PTAR Production